Kisah Seram - Di Tempat Kursus

 - Ini  aku hendak cerita pasal pusat latihan tempat aku berinduksi Kisah Seram - Di Tempat Kursus

Kisah Ngeri Di Tempat Kursus

- Ini aku hendak cerita pasal pusat latihan tempat aku berinduksi. Aku pernah cerita sebelum ini yang aku pernah kesana pada tahun 2003 kan. Ketika itu, keadaan memang agak menyeramkan. Dengan tinggal banglo usang tinggallan pelombong² bijih timah di zaman penjajahan British, memang rasa meremang bulu roma ni. Nasib baik ketika itu pergi atas tiket aktiviti islamic. Jadi rasa takut itu hilang.
Baru² ini aku datang sekali lagi ke sana. Kali ini untuk kursus induksi. Banyak perubahan dengan terdapat banyak bangunan baru. Masa melangkah masuk, perasaan berbeza dari sebelum ini. Sedikit pon tidak rasa takut.Tapi, malas cakap kerek kat sana. Takut tidak pasal² kena. Tapi, aku lepak sorang² time dekat maghrib, alhamdulillah tiada apa terjadi.Sudah la punya galak bergelak tawa kat sana.Ish memang tidak ingat langsung, galak gila.
Dari pengalaman orang² yg pernah berkursus sebelum ini, memang ada sahaja yang kena kaco. Meracau-racau dan ade yang nampak real punya.hoh! memang terbaik. Alahamdulillah masa aku, tak der lak aku dgr cerita yang kena kaco walaupon menyilai tawa mengalahkan langsuir.Dengar cerita dari orang di situ, mereka telah menghantar 2 trip bas penghuni² lama tempat itu ke tempat lain. Korang tahu ker penghuni lama? Alo geng² makhluk halus. Bukan cacing or lintah tapi jin dan syaitan.Imaging hantu² bersesak naik bas.Memang dasyat tu.
P/S : Member aku pernah ajar macam mana hendak nampak makhluk halus ni dengan baca ayat tertentu dan menyampu air ke kening.Sape mau cuba? Nanti aku cuba tanya member aku balik coz aku lupa caranya.


Sumber
Lebih baru Lebih lama